AYAM MASAK HALIA SRI PUTERI


BAHAN A

  • 2 keping dada ayam ( dihiris dan dibersihkan )
  • Minyak bagi menumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 cawan air
  • 1 setengah sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu makan gula
  • 1 keping asam gelugur
  • 1/2 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 setengah inci halia muda (dihiris)
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris kasar anggaran 4 sentimeter panjang)
  • 1 biji cili merah (dihiris kasar dan menyerang)
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana (dihiris bentuk cincin)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris 4 sentimeter panjang)
  • Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)


BAHAN B (DIKISAR)

  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah


CARA MEMBUAT

  • Goreng ayam mengikut cita rasa. (sama ada mahu garing ataupun separuh masak)
  • Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis dan bahan B. Masakkan sehingga naik bau.
  • Masukkan air, kicap pekat, sos tiram, serbuk pati ayam, gula, asam gelugur, serbuk lada hitam, halia muda dan lobak merah.
  • Kemudian masukkan ayam, cili merah, bawang besar, dan daun bawang.
  • Masakkan beberapa minit. (Jangan biarkan bawang besar dan daun bawang layu)
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga pekat. Angkat dan sedia dihidangkan


Credit: chef fazalina

Leave a comment